» Sahabat JPP «

Pengenalan

         Kelab Sahabat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (SJPP) telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2012 bertujuan bagi menggalakan sukarelawan dari golongan mahasiswa Politeknik Ungku Omar bukan sahaja dalam menyertai aktiviti malahan penglibatan dalam pengurusan aktiviti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya oleh Kelab Sahabat JPP (SJPP) bersama-sama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang merangkumi aktiviti dalam dan luar Politeknik Ungku Omar. Sebahagian daripada transformasi yang dimulakn oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2012, kini Kelab SJPP diteruskan bersama impian yang lebih tinggi demi menjana mahasiswa yang mempunyai nilai keboleh pasaran yang tinggi bukan sahaja dari aspek kurikulum akademik malahan dari aspek pengurusan organisasi dan jati diri yang tinggi pada masa akan datang.

Objektif

  • Menanam minat dalam kalangan mahasiswa dalam penglibatan aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
  • Melahirkan budaya sukarelawan dalam kalangan mahasiswa.
  • Mendedahkan peluang dalam pengurusan acara yang dianjurkan kepada mahasiswa
  • Mengeratkan hubungan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bersama mahasiswa

Keistimewaan SJPP

  • Keutamaan dari segi penyertaan aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
  • Peluang dan pengalaman menglibatkan diri dalam pengurusan sesuatu aktiviti/acara.

Langkah Mudah Mendaftar Sebagai Ahli SJPP

Muat turun borang, cetak 
dan lengkapkan berserta 
gambar ukuran passport pada 
 Kelab Sahabat JPP
Klik butang "LIKE" pada 
'page' JPP4PUO 
di facebook atau di
bahagian kanan halaman
blog JPP4PUO
Sertai 'group' Sahabat JPP
di facebook bagi mendapatkan
informasi terkini berkenaan
aktiviti-aktiviti yang bakal 
dijalankan

*Perhatian : Borang pendaftaran keahlian Kelab Sahabat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar akan dikutip secara berkala mengikut jabatan dan aktiviti-aktiviti tertentu. Sekiranya, bagi penyertaan yang tidak dikutip, hendaklah dihantar secara peribadi kepada Ahmad Arshad Bin Abdul Wahab (Bendahari Kehormat JPP) sehingga tarikh tutup pendaftaran diberitahu.

Pautan (Link) berkaitan :

Muat-turun borang pendaftaran ahli Kelab SJPP - klik disini
Laman JPP4PUO di facebook - klik disini
Laman 'GROUP Sahabat JPP' di facebook - klik disini
https://www.facebook.com/groups/sahabatjpp/