» Organisasi «

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)


Pengenalan

Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976  memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.

Objektif
  • Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
  • Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan yang sediada di Politeknik.
  • Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.
  • Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
  • Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.
Carta Organisasi