» Perutusan Yang Di-Pertua «

Yang Di-Pertua Amirul 'Arif Bin Abbas


Biodata Ringkas Yang Di-Pertua
Nama : Amirul 'Arif Bin Abbas
Jawatan :
          - Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (Politeknik Ungku Omar)
          - Timbalan Presiden II Majlis Perwakilan Pelajar (Politeknik Malaysia)
Program : Diploma Kejuruteraan Awam
Jabatan : Kejuruteraan Awam

Perutusan Yang Di-Pertua
Assalamualaikum w.b.t..

Salam dari saya untuk semua warga Politeknik Ungku Omar.

          Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi kesyukuran Kehadrat Allah s.w.t kerana pada hari yang berbahagia ini kita telah dipertemukan satu ruang media yang boleh kita berinteraksi, saling bertukar idea serta melaporkan berita berita terkini mengenai Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier). Saya, Amirul ‘Ariff bin Abbas selaku Yang Dipertua JPP PUO bagi sesi Disember 2012 dan Jun 2013 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan blog Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Tidak lupa juga sekalung penghargaan terima kasih yang khusus kepada rakan-rakan jawatankuasa mahasiswa dalam menjayakan blog ini.

Rakan Mahasiswa sekalian,
          Sesungguhnya, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Atas dasar rasa tanggungjawab, saya dengan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang lain akan bersama-sama sedaya upaya mewujudkan teladan kepimpinan yang baik demi memastikan kelangsungan pelaksanaan tugasan yang tersusun sekaligus mencapai objektif yang dikehendaki. Secara peribadi, saya ingin melihat kesatuan dalam kalangan mahasiswa Politeknik Ungku Omar, Politeknik Premier itu sendiri terhadap segala masalah yang dihadapi dan seterusnya menjadikan JPP sebagai organisasi pertengahan yang difahami oleh mereka mampu untuk membela dan menuntut hak kebajikan mereka yang kian terabai. Perkara ini pada saya merupakan sesuatu yang sangat penting sebagai asas dalam mana-mana jua gerakan dalam membina warga kampus yang bebas, sejahtera, serta sedar akan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa.

          Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Ungku Omar. Semoga kita dapat bekerjasama dalam menjayakan misi dan visi Politeknik Ungku Omar.


Yang benar

AMIRUL 'ARIF BIN ABBAS
Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013
Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier)