» Aduan Pelajar «

Saluran Aduan I (Tapisan peringkat jabatan)

         Bagi saluran aduan serta cadangan pelajar melalui tapisan peringkat jabatan telah dijadualkan dan dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali dalam tahun 2013. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Wakil Kelas, Pengerusi Kelab Jabatan atau wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (jabatan) masing-masing.

Saluran Aduan II (Saluran facebook.com/jpp4puo)


         Selaras dengan objektif yang telah digariskan Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Industri-industri Pelajar (Tatatertib) 1976, seperti membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada; dan menyalurkan segala permasaalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Ungku Omar (PUO) Sesi 2012/2013 telah menyediakan facebook.com/jpp4puo sebagai saluran alternatif memudahkan segala perkongsian maklumat/cadangan/aduan/pertanyaan dilaksanakan.

Format Aduan menggunakan saluran facebook/jpp4puo :

Cara Menggunakan Saluran Aduan II (Saluran facebook.com/jpp4puo)

1. Log Masuk
(login) facebook
2. Isi maklumat diri berserta
aduan/cadangan mengikut
format aduan yang telah
disediakan
3.Klik butang "POST" pada
'page' JPP4PUO untuk
menghantar aduan tersebut

Perhatian : 1. Sebarang aduan ataupun cadangan yang tidak mematuhi format aduan tidak akan dilayan dan diklasifikasikan sebagai "surat layang". 2. Sebarang aduan dan cadangan yang telah dibuat akan dikumpul dan diusulkan kepada pihak pengurusan secara berkala; dan sekiranya aduan tersebut mendapat maklumat balas segara di facebook.com/jpp4puo, hal ini adalah kerana jawapan diberikan adalah mengikut kelaziman soalan/aduan. 3. Sama ada mendapat respon dari pihak jpp mahupun tidak, setiap aduan/cadangan yang sah mengikut saluran facebook.com/jpp4puo akan disampaikan kepada pihak pengurusan. Harap maklum.

Contoh-contoh Aduan :


Pautan (link) berkaitan : facebook.com/jpp4puo