Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM)

Program : Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM)
Anjuran : Jabatan Pengajian Politeknik
Tarikh : 24 Februari 2013
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Politeknik Port Dickson

Program Mengubah Destini Anak India Malaysia dilancar oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Politeknik Port Dickson. Program tersebut adalah satu program Pra-Diploma yang memberi laluan khas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia daripada kaum India, khusus untuk mereka yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan mereka daripada keluarga berpendapatan rendah. Ini adalah satu lagi usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, mendapat peluang kedua untuk mengubah nasib mereka, selaras dengan sistem pengajian tinggi yang memastikan semua orang berpeluang menyertai pengajian tinggi tanpa kekangan kewangan, status ekonomi, etnik kaum ataupun persaingan kesaksamaan. Politeknik telah menghasilkan 400,000 lulusan peringkat sijil dan diploma dalam bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan sejak penubuhannya 44 tahun dahulu.

Pada tahun 2012 sebanyak 3,910 daripada 110,513 permohonan kemasukan ke politeknik bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia adalah daripada kaum India. Sebanyak 30,000 tempat pengajian disediakan kepada lepasan SPM di 30 buah Politeknik seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 5 peratus daripada tempat pengajian yang disediakan telah ditawarkan kepada calon berketurunan India.

Melalui Program Pra-diploma ini, peratusan kemasukan pelajar berbangsa India di Politeknik dapat ditingkatkan melebihi 10 peratus setiap tahun. Langkah pertama ini membolehkan anak-anak kaum India mendapat akses kepada lebih 60 program teknik dan vokasional yang ditawarkan di politeknik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka merebut peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga mereka.

Gambar-gambar aktiviti:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan