Program Bubur Lambuk (Moh ler kaco-kaco!) bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 Program : Program Bubur Lambuk (Moh ler kaco-kaco!) bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)   
Tajaan :Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Anjuran : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Tarikh : 17 JULAI 2013
Masa : 8.00 am - 11.30 pm
Tempat : Dewan Jubli Perak, PUO

Politeknik telah mendapat tajaan daripada Pihak PTPTN untuk menganjurkan program yang besar ini yang dinamakan Program ”Moh Ler Kacau-Kacau Kawah’’ serta Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.Program ini merupakan program rasmi yang akan dilakukan setiap tahun.
   Program ini telah disertai oleh warga Politeknik Ungku Omar seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar,staf-staf,Alumni,Puspanita serta turut disertai oleh pihak PTPTN dan Komuniti Luar.
Sepanjang program bubur lambuk berlangsung, dapat dilihat bahawa para peserta bertungkus serta bertanding dengan ahli kumpulan yang lain untuk memperoleh kemenangan dalam pertandingan yang dipertandingkan. Manakala semasa majlis berbuka puasa berlangsung,dapat dilihat bahawa segelintir pelajar-pelajar PUO turut menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis yang mulia itu.
  Program ini juga merupakan program yang terbesar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan merupakan pengajaran baharu yang diperoleh dari pihak luar.Akhir kata,kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas penglibatan warga PUO bagi memeriahkan program yang dianjurkan.


Gambar-gambar aktiviti:



Program Mesra-Kasih JPP bersama Sahabat

Program : Program Mesra-Kasih JPP bersama Sahabat
Anjuran : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Tarikh : 29 JUN 2013
Masa : 8.00 am - 2.00 pm
Tempat : Dewan Jubli Perak, PUO

   Program ini disertai seramai 177 orang pelajar yang terdiri daripada semua jabatan akademik dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Cik Shamsuri Binti Mior Khalid.
   Program ini dijalankan bagi mengeratkan ukhwah JPP dengan pelajar disamping berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan secara lansung mahupun tidak lansung.
   Kami dari JPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang sukarela untuk membantu kami dalam mengendalikan sesuatu program. "All the best!"



Gambar-gambar aktiviti:

Perjumpaan JPP bersama wakil-wakil kelas, kelab dan persatuan

Program : Perjumpaan JPP bersama wakil-wakil kelas, kelab dan persatuan
Anjuran : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Tarikh : 25 JUN 2013
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Dewan Warisan, PUO

Gambar-gambar aktiviti:



Program "WE [LOVE] PUO" bersama Pelajar Baharu sesi Jun 2013

Program : "WE [LOVE] PUO" bersama Pelajar Baharu sesi Jun 2013
Tarikh : 19 JUN 2013
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Padang Kampus B, PUO.

Kami dari JPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar ambilan sesi Jun 2013, ahli jawatankuasa dan pensyarah yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

   Sayangi dan harumkan nama politeknik anda. Semoga segala aktiviti akademik mahupun kokurikulum yang dilakukan mendatangkan kebaikan kepada semua.

Gambar-gambar aktiviti:



Minggu Suai Kenal sesi Jun 2013

Program : Minggu Suai Kenal Sesi Jun 2013
Tarikh : 17-19 JUN 2013
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : Dewan Jubli Perak, PUO

Gambar-gambar aktiviti:

Pendaftaran Pelajar Baru sesi Jun 2013

Program : Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2013
Tarikh : 15-16 JUN 2013
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Dewan Jubli Perak, PUO

Gambar-gambar aktiviti:

Program Solat Hajat Dan Bacaan Yassin

Program : Solat Hajat Dan Bacaan Yasin
Anjuran : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Tarikh :9 APRIL 2013
Masa : 7.15 pm - 10.00 pm
Tempat : Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh

Program ini bertujuan untuk memohon rahmat dan keberkatan Ilahi dalam membantu pelajar Politeknik Ungku Omar semasa peperiksaan akhir setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Program atau majlis solat hajat ini akan dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan masyarakat setempat kerana masyarakat setempat akan turut serta dalam majlis ini. Mudah-mudahan program keagamaan ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Ilahi.


Gambar-gambar aktiviti:

Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Program : Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Tarikh : 29-31 JANUARI 2013
Hari : Selasa-Khamis
Tempat : Marina Cove Lumut, Perak


Seramai lebih kurang 31 orang pelajar PUO iaitu peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah menyertai Kursus Kepimpinan Pelajar yang diadakan pada cuti iaitu 29 Jan 2013 hingga 31 Jan 2013. Antara tujuan penglibatan para pemimpin pelajar sebagai peserta di dalam kursus ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada maksud pemimpin dan kepimpinan itu sendiri.

Gambar-gambar aktiviti:

Majlis Solat Hajat & Tahlil Perwira Lahad Datu

Program : Majlis Solat Hajat & Tahlil Perwira Lahad Datu
Anjuran : Jabatan Pengajian Politeknik 
Tarikh : 07 MAC 2013
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : Dewan Jubli Perak,PUO

          Malaysia telah dikejutkan dengan berita pencerobohan oleh pemberontak di Lahad Datu,Sabah.Ketika majlis ini dilaksanakan seramai 8 perajurit negara kita telah gugur semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan negeri Sabah di bawah bayu daripada dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Oleh itu,bagi menghormati jasa mereka,Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) telah melaksanakan program Solat Hajat dan Tahlil secara serentak di seluruh Malaysia.Tujuan program ini dijalankan bagi menghargai pengorbanan yang dilakukan yang perajurit negara kita yang telah gugur syahid di medan pertarungan.Selain itu,program ini dilaksanakan ialah untuk mendoakan keselamatan anggota perajurit yang berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan Malaysia daripada ancaman luar.Justeru itu,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah menerima amanat untuk menjalankan program yang begitu bermakna sekali.

Gambar-gambar aktiviti:

Majlis Perasmian & Penyerahan Baucer Buku & Kad Diskaun Siswa

Program : Majlis Perasmian & Penyerahan Baucer Buku & Kad Diskaun Siswa
Anjuran : Jabatan Pengajian Politeknik 
Tarikh : 19 FEBRUARI 2013
Masa : 2.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Dewan Jubli Perak,PUO

          Majlis ini dilaksanakan adalah untuk melancarkan perasmian dan penyerahan baucar buku, kad diskaun siswa serta watikah pelantikan kabinet baharu JPP sesi 2012/2013 yang disaksikan oleh para pelajar Politeknik Ungku Omar. Disamping itu, Politeknik Ungku Omar juga turut menjalinkan kerjasama bersama Kelab Korpus Politeknik Ungku Omar. Kehadiran pelajar bagi majlis ini amat memuaskan dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Pihak HEP menyarankan pelajar Politeknik Ungku Omar agar menggunakan bantuan yang disalurkan dengan sebaik mungkin. Antara pihak yang datang untuk turut serta dalam menjayakan majlis besar ini ialah Pustaka Hijrah Jaya, Lambang Jihad Ent., AMQ Marketing dan yang lain-lain yang dijalankan di Dewan Jubli Perak.

                                                              Gambar-gambar aktiviti:

Program Kepimpinan Pembangunan Modal Ihsan Politeknik Bersama Biro Tatanegara

Program : Program Kepimpinan Pembangunan Modal Ihsan Politeknik Bersama Biro Tatanegara
Anjuran : Jabatan Pengajian Politeknik & Biro Tatanegara
Tarikh : 23 MAC 2013
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : Dewan Jubli Perak,PUO

Gambar-gambar aktiviti:

Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM)

Program : Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM)
Anjuran : Jabatan Pengajian Politeknik
Tarikh : 24 Februari 2013
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Politeknik Port Dickson

Program Mengubah Destini Anak India Malaysia dilancar oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Politeknik Port Dickson. Program tersebut adalah satu program Pra-Diploma yang memberi laluan khas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia daripada kaum India, khusus untuk mereka yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan mereka daripada keluarga berpendapatan rendah. Ini adalah satu lagi usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, mendapat peluang kedua untuk mengubah nasib mereka, selaras dengan sistem pengajian tinggi yang memastikan semua orang berpeluang menyertai pengajian tinggi tanpa kekangan kewangan, status ekonomi, etnik kaum ataupun persaingan kesaksamaan. Politeknik telah menghasilkan 400,000 lulusan peringkat sijil dan diploma dalam bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan sejak penubuhannya 44 tahun dahulu.

Pada tahun 2012 sebanyak 3,910 daripada 110,513 permohonan kemasukan ke politeknik bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia adalah daripada kaum India. Sebanyak 30,000 tempat pengajian disediakan kepada lepasan SPM di 30 buah Politeknik seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 5 peratus daripada tempat pengajian yang disediakan telah ditawarkan kepada calon berketurunan India.

Melalui Program Pra-diploma ini, peratusan kemasukan pelajar berbangsa India di Politeknik dapat ditingkatkan melebihi 10 peratus setiap tahun. Langkah pertama ini membolehkan anak-anak kaum India mendapat akses kepada lebih 60 program teknik dan vokasional yang ditawarkan di politeknik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka merebut peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga mereka.

Gambar-gambar aktiviti:

Larian Kasih Politeknik Ungku Omar

Larian Politeknik Kasih

Program : Larian Kasih  (Serentak Seluruh Malaysia)
Anjuran : IM4U & Politeknik Ungku Omar
Tarikh : 2 Mac 2013
Masa : 9.00am - 11.00 am
Tempat : Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo)

Gambar-gambar aktiviti :