JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.
- Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
- Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan yang sediada di Politeknik.
- Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.
- Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
- Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.